27 November 2009

First Year Sem 1 Project 3

Akhirnya sampai ke final projek untuk sem 1 tahun 1 ini setelah non-stop projects come and go.
"Inilah seni bina", bak kata sesetengah orang.


Project 3: Wakaf
Untuk projek kali ini kami ditugasin untuk membina satu wakaf di fakulti alam bina.
Tapaknya boleh pilih sesuka hati dimana2 saja, di atas bukit, belakang bangunan, dekat parking, atas bumbung, melekat dengan bangunan, mana saja, asalkan di sekitar fakulti dan tak boleh di tempat lain, tak boleh di tasik varsiti, tak boleh di kolej kediaman, hatta tak boleh juga di Dewan Tak Cat Universiti Malaya (DTC).

Material yang diwajibkan penggunaannya untuk binaan wakaf ini adalah buluh (bamboo).
"tahukah anda rumput apa yang paling besar di dunia?"
tanya salah seorang pensyarah kami yang juga seorang arkitek.
obvious sangat jawapan dia. haha.
tak tau? http://wiki.answers.com/Q/What_is_the_largest_grass_in_the_world

Sebelum kami mula memerah otak mencari idea untuk wakaf ini, kami satu studio telah pergi melawat satu tapak (site visit) ke Hulu Langat, di mana di situ terdapat rumah under constuctions yang diperbuat sepenuhnya dengan buluh. Kami belajar serba sedikit mengenai jenis buluh, cara jointing dan lain2.
Hasilnya, inilah wakaf saya.





Saya mendapat idea untuk wakaf ini daripada khemah. Hal ini dapat dilihat pada pitch roof wakaf ini.
Bagi saya khemah adalah tempat orang berteduh sementara - sama seperti wakaf sebagai tempat persinggahan sementara, dan cara pemasangan khemah juga simple, hanya memerlukan atap dan tapak. Khemah juga hanya memerlukan beberapa batang tiang sebagai support bumbung bagi khemah tersebut.
Daripada itu saya develop idea saya dan menjadikannya lebih menarik dengan menambah sedikit perbezaan tingkat pada lantai wakaf saya.
Secara keseluruhannya, bagi projek 3 ini, saya berpuas hati dengan kerja saya.
Markah bagi projek 3 ni pun lebih baik jika dibandingkan dengan 2 projeks sebelum ini.

No comments:

Post a Comment