13 December 2009

1 lawan 27

Diriwayatkan daripada Hazrat ‘Abdullah bin Umar r.anhuma bahawa Rasulullah SAW bersabda, “ Sesungguhnya solah berjemaah dua puluh tujuh kali ganda lebih afdal daripada solah bersendirian.”
(Hadith riwayat Imam Malik, Bukhari dan Muslim)


Pabila mengatakan tentang solat, ramai antara kita yg tahu mengenai kewajipan ibadat ini.

Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya amalan pertama yang seseorang itu dihisab dengannya ialah
solatnya, maka jikalau baik solatnya itu, sesungguhnya berbahagialah dan
beruntunglah ia dan jikalau rosak, sesungguhnya menyesal dan rugilah ia."
(Sunan Tirmizi)

Saya cuma mahu menyatakan satu matematik mudah mengenai hal ini.
Ali selalu bersolat jemaah 5 waktu sehari semalam manakala
Abu solat juga, tetapi biasanya bersendirian.

Jika berdasarkan hadis pertama di atas, apakah perbezaan Ali dan Abu?

Pahala Ali sehari semalam
27 x 5 = 135

Pahala Abu sehari semalam
1 x 5 = 5

Kesimpulan
Ali mempunyai jumlah pahala 130 lebih banyak (27 kali ganda) berbanding Abu daripada solat mereka sehari semalam.

Katakanlah Ali tertinggal 2 solat berjemaah, Zuhur dan Asar kerana kelas, jadi dia bersolat sendirian pada dua waktu ini. Adakah pahala Ali akan berkurang?

Pahala Ali
(3 x 27) + (2 x 1) = 81 + 2
=83

Pahala Ali walaupun tidak lengkap 5 waktu berjemaah tetapi tetap lebih daripada Abu yg hanya mendapat 5 pahala solat sehari semalam. Hatta, jika Ali hanya bersolat jemaah sekali sehari sajapun sudah boleh melebihi Abu yg bersolat sendirian sehari semalam.

Jadi, saya selalu hairan mengapa manusia yang menunaikan solat - yg tak solat lain ceritalah, tidak mahu mengambil ganjaran besar ini? Jika kita nak buat sesuatu, mestilah kita nak lebih.
Selalunya, dalam kebanyakan hal kita akan meminta lebih, tapi kenapa bila sampai hal solat, kita nak kurang? Padahal perkara2 yg dilakukan adalah sama.

Saya mahu menekankan perkara ini kerana kita semua sedar bahawa kita manusia banyak melakukan dosa tatapi tiada seorang pun yang sanggup ke neraka. Maka, untuk tidak ke neraka tiada jalan lain melainkan memberatkan timbangan pahala.

Firman Allah:
Setelah berlaku demikian, maka (manusia akan diberikan tempatnya menurut amal masing-masing); adapun orang yang berat timbangan amal baiknya;

Maka dia berada dalam kehidupan yang senang lenang.

Sebaliknya orang yang ringan timbangan amal baiknya;

Maka tempat kembalinya ialah “Haawiyah”

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia “Haawiyah” itu?

(Haawiyah itu ialah)Api yang panas membakar.

(Surah Al-Qariah: ayat 6 - 11.)

Jika kita mahu bersolat, seboleh2nya carilah seseorang yang boleh kita berjemaah bersamanya kerana kita ini manusia biasa, amalan apa sangatlah yang kita ada hendak bawa ke akhirat esok, kalau yang sunat2 pun banyak tinggal, maka sekurang2nya 31 pahala solat (sekali solat berjemaah + 4 solat sendiri)sehari itupun insyaAllah dapat menutup dosa2 hari yang sama.

No comments:

Post a Comment