04 August 2012

Final Project Sem 6 Year 3

Setelah hampir 3 tahun, sampailah ke projek paling akhir untuk Bachelor of Science in Architecture di UM ini. Projek ini bertempat di bandar sama seperti projek akhir semester lepas - Kuantan, cuma berada di lokasi yang berbeza.

Semester ini kami mulakan dengan lawatan tapak secara sendirian berhad, tidak diiringi oleh para pensyarah.

Bandar Kuantan 


Lawatan tapak ini adalah penting untuk menganalisa faktor2 persekitaran site untuk projek kami dan kebiasaannya pada semester2 sebelum ini para pensyarah akan hadir bersama untuk mengawal selia para pelajar mereka mengadakan site analysis, tapi tidak pada projek akhir kami ini.

Maka kami sebagai pelajar akhir tahun yang ingin menamatkan akhir tahun kami dengan jayanya telah berpakat bersama2 untuk mengadakan lawatan sambil analisa ke bandar Kuantan.

Saya antara yang volunteer menyediakan pengangkutan untuk ke sana daripada KL.

Setibanya kami ke Kuantan, kami disambut meriah oleh hujan yang berlimpahan. Kalau tak silap, pada masa kami tiba di Kuantan waktu itu, musim tengkujuh sedang melanda di negeri2 sebelah pantai timur Malaysia.

Hujan rahmat

Tujuan analisa tapak ini adalah untuk mengenalpasti kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang ada di sekeliling tapak projek yang akan memberi kesan kepada bangunan yang akan dibina. Analisa tapak ini kebiasaannya akan disimpulkan dalam satu ringkasan/kesimpulan yang dipanggil SWOT analysis (Strength, Weakness, Opportunity, Threat). 

Apa yang saya dapati hasil pemerhatian saya ialah tapak projek itu mempunyai access kereta yang tidak begitu baik kerana jalan di hadapannya yang sering sesak dan jalan tersebut adalah jalan sehala yang mana jika pemandu kereta terlepas lokasi bangunan itu dia terpaksa membuat u-turn yang menyusahkan untuk kembali semula ke lokasi yang sama.
Manakala jika dilihat daripada sudut pejalan kaki, connection utama adalah daripada padang MPK (bulatan biru di buju padang MPK adalah node bagi pejalan kaki). Pejalan kaki berkemungkinan dapat ditarik perhatian mereka ke tapak projek dengan merangka satu pedestrian path yang selesa. Landmarks (tanda * merah) juga boleh digunakan sebagai penanda arah atau mercu tanda untuk ke tapak.


Selesai lawatan tapak kami, dalam perjalanan pulang kami singgah ke rumah salah seorang rakan sekelas kami di felda Jengka, Pahang. Di situ kami dijamu dengan mi kari - antara mi kari yang sedap selepas mi kari mak saya. Memang terliur. Lepas makan, time nak balik datang pula satu tragedi. Kereta unser saya terlekat dalam tanah lembut rumah jiran dan tak mau keluar. Pengakhiran tragedi kelakar tersebut telah dirakam dan didokumentari dalam video di bawah.



Saya nak u-turn sebenarnya. Memandangkan kereta unser ni panjang punggungnya, dan jalan kampung ni muat2 satu kereta je, tempat terbaik untuk u-turn adalah dalam laman rumah jiran kawan saya ni. Alih2, tayar melekat dalam tanah. Nasib baik orang kampung situ ada 4 wheel yang boleh tarik. Selesai tragedi, kami pulang ke KL dengan membawa sedikit hadiah saguhati tanah oren dengan selamatnya.


Habis bab site analysis.

Sekarang kita masuk ke bab design pulak.
Design kali ini kami sekelas diberi pilihan sama ada untuk design mangrove visitor centre atau mangrove research centre. Saya memilih untuk merekabentuk mangrove visitor centre.

Kalau dilihat pada location plan projek kali ini, kita akan dapati di seberang Sungai pahang ini terdapat hutan bakau yang tidak terusik oleh pembangunan. Hutan bakau inilah yang akan menjadi main point untuk design kami pada projek kali ini.


Hutan bakau sebenarnya memainkan peranan penting terhadap kestabilan kitaran ekosistem sesebuah sungai dimana ia menjadi habitat bagi hidupan akuatik sungai seperti udang dan ikan. Kesan daripada itu, haiwan2 pemangsa seperti burung pelican dan ikan yang memakan hidupan sungai yang kecil ini juga akan ditarik ke sini kerana adanya sumber makanan mereka di hutan bakau ini. Kitaran ini akan seterusnya sampai kepada nelayan yang akan mudah mendapatkan sumber makanan sungai akibat kebergantungan rantai makanan ini.


Idea atau architectural concept untuk design saya secara ringkasnya adalah untuk menjadikan mangrove visitor centre ini sebagai gateway to the mangrove forest iaitu sebuah bangunan yang akan memberi informasi, pengetahuan dan pengalaman kepada para pengunjung tentang kepentingan hutan paya bakau kepada ekosistem dan manusia khususnya.

Untuk menjayakan visi design saya ini, pertamanya kita mesti melihat bagaimana untuk menarik perhatian orang untuk sekurang2nya singgah ke lokasi mangrove visitor centre ini. Pada masa projek ini dijalankan, tidak ada laluan pejalan kaki yang baik yang dapat menghubungkan tapak lokasi dengan node yang ada di bandar Kuantan ini. Hal ini mungkin dapat diselesaikan dengan mewujudkan satu pedestrian path yang baik akan dapat menghubungkan lokasi projek ini dengan the heart of the town iaitu Padang MPK Kuantan. Seterusnya, tarikan kepada pejalan kaki ke lokasi bangunan kita dapat direalisasikan dengan mewujudkan open plaza di hadapan bangunan yang sedikit sebanyak akan dapat menarik perhatian umum untuk sekurang2nya singgah 'melepak' di hadapan bangunan visitor centre ini.


Setelah kita selesai menarik perhatian umum untuk singgah ke bangunan kita, kita design pula ruang2 yang ada dalam bangunan kita untuk menarik orang untuk masuk ke dalam dan untuk memenuhi keperluan mereka. Ini kita lakukan dengan menggunakan bubble diagram yang mana ruang2 diletakkan didalam bubbles dan connections antara bubbles2 ini ditunjukkan menggunakan arrows atau lines sahaja. Ini adalah langkah pertama untuk mengenalpasti ruang2 yang bakal menjadi isi kandung bangunan kita dan dengan lakaran ini juga kita dengan mudah dapat mengenalpasti hubungan antara ruang2 dan posisi setiap ruang tersebut supaya kita sebagai the designer of the building dapat memanipulasi dan play around dengan ruang2 di dalam bangunan ini untuk menjadikannya menarik untuk diterokai oleh pengguna.




Secara ringkasnya, apa yang saya ingin lakukan terhadap bangunan ini ialah untuk frame the view hutan bakau yang berada di seberang sungai untuk menarik perhatian orang untuk masuk ke dalam visitor centre ini. Ini dilakukan dengan memposisikan dua blok bangunan ini di dalam bentuk 'v' yang mencipta ruang courtyard yang mencapah yang mempunyai pemandangan ke hutan bakau di seberang Sungai Pahang. (sila rujuk renderings di akhir post ini)


Penekanan kepada river view ini juga penting kerana bangunan visitor centre ini ada menyediakan accomodation bagi mereka yang ingin bermalam di Kuantan. Maka 'v' shape ini dapat memberi peluang kepada semua bilik2 yang disediakan untuk mendapat pemandangan cantik ke arah sungai dan hutan bakau.


Selain itu, kerana saiz blok bangunan ini yang kurus dan panjang, natural light dan tiupan angin prevailing wind daripada arah selatan dapat dimanfaatkan untuk mangrove visitor centre ini.

 
Ventilation dan passive design study diagram untuk accommodation room




Akhirnya, inilah beberapa bijik renderings untuk projek ini.

 Pandangan dari courtyard yang mencapah

 Pandangan dari dalam library

Pandangan keseluruhan bangunan (bird's eye view)


No comments:

Post a Comment