27 November 2009

Project 1 Sem 2 Year 1


Assalamualaikum w.b.t.

Setelah penat bercuti tanpa membuat apa2 aktiviti berfaedah,

selain berjogging,

akhirnya ku kembali ke studio bersedia untuk disedekahkan dengan projek2 yang akan non-stop action packed seperti sem lepas.


Sem ni saya mempunyai extra tanggungjawab sikit sebagai chief of students in class.

Cehh.

Tak tau kenapa
tapi saya agak teruja dapat jawatan ini.

Project 1: Green Chair Online.

Projek ini memerlukan kami merekabentuk furniture - kerusi yang akan ditempah dan dipromosikan secara online. Oleh sebab itu, kerusi kami ini mestilah foldable ataupun boleh dipasang dan bukak balik supaya memudahkan urusan pembungkusan dan boleh dibawa secara borong dengan mudah.

Salah satu nilai tambah yang perlu ada pada kerusi ini adalah ianya mestilah green - bukan hijau, green.. maknanya mesra alam -biodegradable, dari segi materialnya.

Kami amat digalakkan untuk menggunakan bahan2 kitar semula, namun, tiada seorangpun yang menyahut seruan kerajaan ini. Kami semua berakhir dengan terbahagi kepada kumpulan yang menggunakan brown board dan plywood sebagai material.

Ok la, memandangkan dua2 materials ni pun tergolong dalam green materials, bukan hijau, green.

Saya tergolong dalam kumpulan yang menggunakan plywood.

Idea saya untuk kerusi ni datang daripada headphone philips yang ni.


Tangkai headphone tu saya nak jadikan backrest manakala speaker headphone ni saya nak jadikan sebagai seat untuk kerusi saya.
Itulah idea awal saya.
setelah beberapa hari mendevelop idea, hasilnya.
Mock-up model saya.

Saya memberi penegasan kepada bentuk2 bulat yang saya gunakan untuk setiap komponen kerusi ini.
Daripada kaki hinggalah ke seat kerusi ini adalah terdiri daripada bulatan.
Kerusi sebenar.



Saya amat berbangga dengan kerusi ini.
Walaupun boleh diberi lebih penambahbaikan terutamanya dari segi keselesaan penggunaannya
tetapi bagi saya kerusi ini adalah sempurna pada masa projek ini diberikan
ditambah dengan time and budget constrain,
kerana kerusi ini, daripada idea hingga ke pembuatannya adalah daripada tangan saya sendiri.
Susah beb nak potong bulat2 tu. tak tipu.
I am proud of myself. Yeah.


No comments:

Post a Comment