Selesai 3 minggu dan projek 1, datang pula projek 2 bertalu2.
Bermula projek 2 kami sudah dikerah membuat drawing disamping membuat model.
Exercise 1: Single Cube Manipulation
Juga masih mengenai ruang. Kali ini ruang dicipta melalui addition and substraction (penambahan dan penolakan).
Apa yang ditambah? Apa yang ditolak?
Jika dulu kita bermain dengan linear dan planar, sekarang kita bermain pula dengan blok2. Blok2 inilah yang ditolak ataupun ditambah kepada sebuah kiub yang bersaiz 20cmx20cmx20cm untuk mendapatkan ruang.
Lukisan dia memang pening kepala nak lukis. Padan muka. Buat lagi pelik2.
Exercise 2: Double Cube Manipulation
Untuk exercise ini ruang dicipta menggunakan dua kiub yang sama saiz.
Hasil cantuman dua kiub ini akan mewujudkan ruang dipanggil interlocking space.
Selain itu kedua2 ruang dalam kedua2 kiub yang bercantum itu mestilah dihubungkan secara visual (visual linkage).
Selain itu kedua2 ruang dalam kedua2 kiub yang bercantum itu mestilah dihubungkan secara visual (visual linkage).
Contoh penggunaan visual linkage pada bangunan ialah tingkap, pintu kaca, dan dinding kaca. Dinding kaca biasanya digunakan di Shoplot2 Shopping Mall. Tujuannya adalah supaya pelanggan dapat berhubung secara terus daripada ruang luar kedai ke ruang di dalam kedai.
Hal ini seterusnya akan menyebabkan pelanggan tertarik untuk masuk dan pelanggan akan membeli barangan yang dilihat, seterusnya penjual akan mendapat duit, menyebabkan penjual gembira suka hati.
Saya tidak mempunyai gambar untuk disiarkan di sini kerana model saya tak tau letak mana.
Jadi ini saja gambar yang saya boleh berikan untuk menunjukkan sedikit sebanyak rupa model saya.
Gambar plan.
No comments:
Post a Comment