25 December 2009

Project 2 Sem 2 Year 1

Project 2: Treehouse in the Urban Jungle

Projek ni site dia dekat dalam hutan Bukit Kiara

nampak tak hutan kat tengah2 tu?
itulah site location kitorang. sebab tu projek ni dipanggil hutan di tengah bandar.
Tapi bukanlah seluruh hutan tu adalah site kitorang, site kitorang yg sebenarnya hanyalah pokok2 yg terdapat kat dalam Bukit Kiara tersebut kerana projek kali ni kami ditugasin untuk membina rumah pokok (betul ke?) - tree house.




Sesi mencari pokok sebagai mangsa untuk projek ni. Mcm frust je.
Saya sebenar2nya tak berjumpa pun mana2 pokok yg saya idam2kan untuk dibuat rumah diatasnya, tapi disebabkan nak tak nak saya kena jugak design rumah atas pokok, jadi saya cari la satu batang ranting kemudian saya design la kat ranting tu lepas tu baru cari2 gambar2 pokok yg ada untuk dimatch dgn ranting saya tu.
Untuk design treehouse ni sebenarnya sehari sebelum hari pembentangan idea dan mockup, saya terpaksa ke UKM Bangi untuk battle of the band with my band yg diadakan siang harinya, manakala design saya belum pun mula lagi.
Siang hari tu adalah preliminary round dan malamnya pulak final round. Saya ingatkan main setakat preliminary round je, lepas tu boleh la buat design. Rupanya ke final jugak. Saya yg tengah sibuk siapkan rumah pokok atas ranting kat UM, kena patah balik ke Bangi malam tu jugak pukul 9 kot.
Sampai lepas tu, naik stage, habis je main, cabut terus balik UM, penat, tapi esok presentation punya pasal, penat tak penat, ngantuk tak ngantuk, design tetap design. Maka berpatah baliklah saya ke UM yg mengambil masa 40 minit dari Bangi ke Kuala Lumpur dengan motosikal.
Sampai UM sambung design. Ditakdirkan saya berjaya menyiapkan mockup saya dan ditakdirkan jugak saya malas nak buat drawing, maka ditakdirkan saya tidur terus dan ditakdirkan lagi saya berazam akan menyiapkan drawing treehouse ini esok pagi sebelum kelas bermula pukul 11 pagi.

Pasal battle of the band tu, kitorang tidak mendapat tempat, dapat top ten agaknya, tapi, memang tak menanglah.
Berita baiknya ialah, rumah pokok saya yg saya buat satu malam je dengan drawing yg ditakdirkan tak complete telah mendapat tempat di hati para juri (pensyarah2) . Betapa saya amat teruja walaupun merasa sedikit tidak adil kepada mereka2 yg bertungkus lumus memerah otak mencari idea sepanjang 2 hari. Ditambah pulak saya cheating sikit .Tapi apa boleh buat, luck was on my side that day.

Inilah saya selepas rumah pokok saya terpilih dan saya diminta untuk mengadakan persembahan solo.
Lihat betapa terujanya mamat ni. Aku design malam tadi je ni.

Konsep saya adalah daripada pokok itu sendiri. Rumah ini dicipta seperti ianya melingkari pokok tersebut. Hugging the tree. dan diantara dua cabang ranting itu adalah ruang utama rumah pokok tersebut.
Bentuk plan pula adalah inspirasi daripada batang pokok, tapi untuk membuatkan lebih geometri , saya menggunakan bentuk heksagon dan bukan bulat.
Kanvas sebagai bumbung mewakili daun pokok yg lembut dan berupaya mengalirkan air hujan.
Details yg tak berapa kemas. Satu malam punya kerja.


No comments:

Post a Comment