23 December 2009

Avatar


Saya baru habis menonton filem Avatar.
Movie yg menarik. Berkisar tentang pertembungan dua manusia, manusia biru dan manusia biasa.
Boleh ke mcm tu?
Bagi saya dua2 makhluk dlm filem tu sebenarnya manusia - cuma yg biru tu besar sikit,
tapi untuk mengatakan kita ini normal dan mereka manusia biru,
macamlah manusia biru tu tak normal.



Ceritanya, manusia biasa/normal dalam cerita tersebut mahu mengambil sejenis galian (batu) yang dapat menguntungkan mereka, tetapi konflik berlaku apabila galian itu berada di tengah2 kawasan manusia biru. Manusia normal cuba menjalankan diplomasi dengan makhluk biru agar mereka berpindah keluar daripada kawasan mereka (hutan tempat tinggal mereka) dan membiarkan manusia normal untuk bulldoze hutan meraka bagi mendapatkan galian tersebut.
Maka dihantar beberapa orang manusia normal yg boleh
transfer minda mereka ke dalam badan manusia biru buatan (artificial body) menggunakan alat khas untuk belajar mengenai manusia biru dan seterusnya berunding untuk menghalau mereka. (diplomasi apa kejadahnya?)

Akibat kerakusan manusia normal, maka, dgn kecanggihan yg ada, mereka menyerang utk menghalau dan menakluk kawasan manusia biru dengan kekerasan, selepas menyimpulkan bahawa rundingan itu tidak berjaya.
Dipendekkan cerita, manusia normal akhirnya tewas dalam perperangan tersebut dan pulang dengan tangan kosong.

Bagi saya cerita ini adalah sedara-mara kepada filem 2012 dan yg sewaktu dgnnya kerana ia berkisar mengenai ketamakan manusia yg tidak menghargai alam sekitar dan rakus terhadap kekayaan sendiri yg akhirnya akan memusnah alam dan diri sendiri.

Pada waktu ini juga, baru saja selesai perbincangan antara negara2 dunia mengenai perubahan iklim dunia, (Climate Conference in Copenhagen 6. - 18. December 2009)
yg nampak seperti kurang memberansangkan.

Bagi saya, isu alam sekitar yg diketengahkan di dlm filem ini lebih besar maknanya berbanding isu percintaan berlainan spesies yg ditonjolkan,

yg mana cinta lelaki perempuan ini adalah nilai komersial bagi hampir semua filem2 Hollywood.



Imaginasi yg tinggi ditunjukkan oleh pengarah filem ini dengan CGInya yg memukau - hutan bercahaya, binatang terbang, daratan terbang, kuda pelik, macam-macam.
tapi kalau kita tengok secara keseluruhan imaginasi mereka ini, semua ciptaan2 ini sebenarnya tidak lebih daripada apa yg telah sedia ada di alam kita ini, cuma dimodified sini dan situ, tetapi tidaklah di luar jangkauan akal kita sebenarnya.
Kuda dia pelik sikit, tapi kita tau la itu kuda.
Burung terbang, kita tau itu diambil daripada makhluk zaman dinasour dulu dan ada juga kita tengok dalam filem2 sebelum ini yg bentuknya lebih kurang sama.
Manusia biru tu memang obviously daripada manusia, boleh cakap english lagi.

Begitulah terbatasnya pemikiran manusia.
Sesetengah orang berkata minda itu tiada hadnya.
Bagi saya, perkara ini tidak benar. Minda manusia ada batas dan hadnya.
Minda dan pemikiran kita ini sangat terhad kepada apa yang pernah kita rasa, sentuh, dengar, dan lihat. Tak lebih daripada itu.
Kalau perkara yang lebih daripada itu, memang tidak terjangkau dek akalmu.
Tak percaya?
Bawakan saya ke alam tanpa warna.
Dapat bayangkan?

No comments:

Post a Comment